Niat aku untuk menulis secara formal dibatalkan kerana terasa sedih yang teramat.
Apa yang harus aku lakukan buat masa ini?
Fikiranku bercelaru. Mungkin aku sendiri yang berfikiran negatif walaupun keadaan adalah sebaliknya? Entahlah, aku sendiri tidak tahu ke arah yang harus aku tujui. Aku berserah kepadamu, Ya Allah. Setiap titisan air mata yang mengalir keluar dari kelopak mataku dirasakan seperti bebanan yang akhirnya dapat keluar. Namun, tidakkah tanggapan itu seperti seorang yang berputus asa? Bukankah menangis itu dikategorikan sebagai sesuatu yang membuat seorng itu lemah? Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa aku asyik melawan diriku sendiri.
Apakah sebab yang membuat diriku rasa lemas? Aku mahu keluar daripada keperitan ini semua. Biarlah dia melakukan kerjanya. Lagipun, ini hidup aku dan tiada sesiapa yang dapat merosakkan/memperbaiki hidupku jika aku sendiri tidak mahu.
Ya Allah, bukakanlah fikiranku. Luas kan lah minda ku. Janganlah kau sempit hati ku ini. Sesungguhnya kaulah yang Maha Pemberi lagi Maha Pemurah. Amin.