classicaltale.wordpress.com
Friday, June 12 love story.

Sejak kebelakangan ini, ada sesuatu yang mengacau fikiran saya. Topik yang hangat atau sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Topik tentang hubungan diantara adam dan hawa pada masa ini. Saya ingin berkongsi pandangan saya terhadap perkara ini. 

Saya tidak terkeluar daripada golongan remaja yang pernah mempunyai teman istimewa. Namun, setelah meluangkan masa berfikir, akhirnya saya membuat keputusan bahawa teman istimewa saya akan tiba pada masanya. Saya tidak harus terburu-buru mencarinya. Apakah sebab-sebab yang membuat remaja mahu berpasangan?1. Keinginan untuk merasa apa erti "cinta" pada usia semuda mereka. 2. Mahu merasakan kasih sayang. 3.  sebagai tempat mengadu, berkongsi cerita, bermanja, dan mungkin sebagai pembimbing dalam pelajaran. 4. nafsu. 5. hasutan kawan;tidak mahu dirinya dianggap seperti "the only single in the group". Ada lebih banyak perkara yang menjadi penyebab mengapa remaja mahu berpasangan. Ini adalah apa yang saya fikirkan, namun mungkin pembaca tidak setuju atau mempunyai sebab-sebab yang lain. Bak kata pepatah, "Rambut sama hitam, hati lain-lain", saudari/saudara boleh beri pandangan sendiri. Saya belum lagi kenal erti cinta sejati, cinta tulus kerana belum mengalaminya(kalau tidak, jari manis saya sudahpun disarung cincin, benar?)

Mungkin disebabkan mimpi pada malam itu, saya memikirkan tentang topik ini. Bukan tentang mimpi itu, tetapi perasaan semasa perkara itu berlaku 2 tahun yang lalu. Saat-saat manis seseorang tidak dapat dilupakan, kerana ia telah menjadi kenangan yang indah buat empunyadiri.Saya masih teringat semasa pertama kali melihat (C), iaitu crush saya semasa pertama kali saya jejaki alam sekolah menengah. dialah penyebab saya sentiasa mahu ke sekolah. Setiap kali memandanganya, saya menggeletar dan menundukkan kepala saya kerana malu. Setelah pulang ke rumah, saya menghidupkan komputer dan terus mencarinya di Internet seperti lelaman friendster. Matlamat saya satu, " I must get to know him." Ini adalah salah satu kesan apabila seseorang mengalami cinta monyet. Tidak habis-habis mahu mencari maklumat tentangnya, bertanya kepada kawan-kawan emelnya,siapa dirinya... Itulah cerita saya pada masa itu. Kini, saya lebih fokus dalam apa yang saya buat. 

Setiap perkarasilam saya sudah menjadi suatu hikmah untuk saya belajar dari kesilapan. "the aim is to improve the man." 

Suatu hari, sang arjuna akan datang mencuri hatiku ini, bukan sekarang.

Setiap insan di dunia ada pasangannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkara yang masih belum selesai:-

  1. Paka assignment(s)
  2. E Math Assignment.
  3. Social Studies Assignment.
  4. Beach Day.
  5. Board Meeting.
  6. Zakiah<3
  7. Ulang Kaji pelajaran. 
  8. Mr Teo;physics

Labels:


truly

Fah.
I use to be the writer here.

talk it out

nuratifah_ahmad@hotmail.com

Affiliates