Pengunaan kekata 'khinzir' daripada 'babi' untuk bahasa Melayu.
Tempoh hari, saya telah membaca sebuah artikel di BERITA HARIAN tentang perkataan sopan yang harus digunakan untuk 'SWINE FLU'. Penulis telah mengemukakan beberapa ciri-ciri yang patut diambil sebelum menentukan pengunaan kekata khinzir ataupun babi. Saya setuju dengan pendapat penulis untuk menggunakan perkataan babi untuk "Swine Flu" yang kini sedang menular di dunia ini. Walaupun kekata 'babi' sering digunakan untuk memaki atau mencaci seseorang, namun ia haruslah digunakan dengan betul supaya kekata itu tidak mencemarkan nama sesiapa pun. Tambahan pula, kekata itu tidaklah seburuk yang disangkakan orang ramai kerana 'babi' itu adalah sejenis nama haiwan.Mungkin, nama itu telah digunakan untuk memaki kerana ISLAM menganggap haiwan itu kotor dan tidak boleh disentuh mahupun memakan.
Manusia sering menggunakan sesuatu kekata untuk membandingkan mangsa itu dengan kekata itu. Contoh, "KAU BABI", atau maknya ialah, Kamu mempunyai perangai yang tidak baik. Itulah pepatah kasar yang sering digunakan kini, disebabkan itu, babi merupakan nama yang tidak baik ataupun tidak sopan.
Mari kita lihat kekata Khinzir pula. Khinzir itu adalah kekata daripada Bahasa Arab. Ia digunakan di dalam Al-Quran kita. Jadi, mengapakah kekata Bahasa Arab itu digunakan untuk bahasa Melayu? Adakah perkataan itu berbunyi lebih sedap berbanding perkataan babi itu? Ini bukan alasan yang munasabah. Kita orang Melayu harus sentiasa memastikan bahawa Bahasa Ibunda kita tidak akan lenyap mengikut peredaran waktu. Bayangkan jika kita mengunakan perkataan-perkataan yang bercampur-aduk dengan Bahasa lain. Bahasa Melayu akan terpinggir di kalangan masyarakat Singapura!
Saya tergelak ketika membaca sebuah perenggan di artikel itu. "Breast Cancer", ataupun Bahasa Melayu, "Barah Payu Dara". Penyakit itu bukan hanya boleh terdapat dikalangan kaum Hawa, ia juga terdapat di kalangan kaum Adam juga(namun risiko kaum Adam untuk mendapat penyakit ini tidak begitu ketara), Bolehkah kaum Adam mendapat penyakit "Barah Payu DARA?" Lucu.