Mungkin inilah akibatnya seseorang yang malas untuk berusaha. Beberapa hari lagi, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Namun, aku tidak berasa begitu yakin akan diriku ini. Aku tidak boleh menyalahkan aktiviti-aktiviti di sekolah sebagai sebab aku tidak belajar. Sebaliknya, aku patut berterima-kasih kerana akitiviti inilah yang memanfaatkan diriku ini. Sebenarnya, aku seharusnya membahagikan masa diantara pelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah. Aku harap kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Insyallah.
A new chapter,290409.